Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


LoveMyProfile.com - Profile Counters



 


Friday 4 November 2011

Betul ke Score A ni SCAM??

Rase-rasenya tau tak ape portal online score A niscore screwed-up. Why? Ada ke patut bebudak IPTA sebok saban hari menjajap benda ni untuk di jual entah kat sapa-sapa yang masing-masing boleh cari, lepas tu try hasut dan pujuk prospek bagai nak rak... sedangkan, bukanlah bebudak U yang boleh buat bzns sebegini. Those kids are so innocent - tak kan la kecik-kecik lagi dah sebok belajar nak ngencing orang lain? Biar la dapat ijazah dulu dan tahu baik-buruk kehidupan, pastu kencing la sesuka hati pada sapa-sapa yang korang nak lepas tu, bergantung kepada berapa level kehitaman dalam benak masing-masing. Lagi pulak, duit siapa yang digunakan untuk join bzns ni? Duit pinjaman PTPN/MARA ke? Guna duit kerajaan? 

kenapa tiba-tiba zira nak cerita pasal portal online score A? ok ok as you know score A memang la bagus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. tapi tau tak business score A kebanyakan nya student yang menjual especially student kolej dan universiti. perasaan atau tidak da lebih dari 50 000 student seluruh malaysia yang join perniagaan ni. da la student masih budak hingusan dalam bab-bab bisnes kalau nak tau laa. ape yang dorang tau is nak dapat duit cepat pastu buat ayat bunga-bunga orang ajak join bisnes ni. haiyyoooo =="

orang2 tua ramai yang dah masuk ke dalam program ni, takpa laa. orang tua ada anak2, diorang masuk, kad tu boleh dimanfaatkan kat anak2 diorang. dan orang2 tua ni boleh syorkan program ni kat kawan2 diorang yang punya anak. so, diorang dapat la komisen sikit. ini bisnes.

kalau mata duitan sekali pon but please la. awak tu student lg, bila da dapat duit beribu-ribu korang enjoy sakan, shopping sakan. kemanakah arah tujuan korang sebenar? study ke business? mana yang lebih penting dalam hidup korang? duit yang korang dapat pon duit shubahah dalam MLM. paham2 sendiri la ye

YES!! zira admit dunia sekarang ni kebanyakan tempat kite pergi semua nak duit even pergi toilet awam. betul tak??

cube korang terjah blog ni, seorang international student kene tipu dengan score A program. 


ni pulak budak ipts nak cari duit lebih katekn. last-last kene tipu!
Sempoi! Tengok ha cerita anak Cina kat berita Harian Membiol ni... senang aje dia orang dah tahu benda Score A ni scam. Budak berdua tu tak sanggup nak mengencing sesama bangsa dia dengan cari downline (sebab itu dah jadi skim piramid dah tu) - dan terus aje dia orang buat lapuran akhbar, laporan ke KPDNKK dan mengadu ke Persatuan Cina whatever, bla bla bla... Orang Melayu? HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

cara join MLM ni. senang je bawa 4 orang rakan seumur hidup :)

di atas sekali ialah pengasas sistem ni iaitu 1. di bahagian kiri ialah bilangan ahli di bawah pengasas di setiap level. di bahagian kanan ialah bilangan kumulatif downline di bawah pengasas di setiap peringkat

jom tengok sape untung sape rugi. jangan menyesal aaa

akhirnya, lebih 75% akan rugi ! HAHA.
awal-awal dapat untung lebih tapi last-last korang rugi juga!!

Macam mana program ni bergerak
setiap ahli yang berdaftar, akan mendapat komisen jika dia dapat menarik ahli baru masuk berdaftar di bawah beliau (downline) dan akan mendapat beberapa komisen lain jika downline beliau berjaya menarik masuk downline yang baru..

Promosi Produk 
setiap ahli yang ingin mendaftar sebagai usahawan score A perlu membayar harga pakej2 tertentu.. ada 4 pakej dengan harga yang berlainan.. EE (RM796), EP (RM2488), EE(6888) dan EM (RM10080)..
setiap pakej akan diberikan kad2 id beserta password untuk log in masuk ke portal Tuion Online Score-A..
EE (2kad), EP (5kad), EE (15kad) dan EM (30kad)... dengan harga 1kad berharga RM300+

cara mudah untuk mendapatkan balik modal keahlian ialah dengan menjual kad2 tersebut kepada orang lain.. dan,, tup.. orang lain akan mula mengenali dengan Score-A bukan ? dan, kad2 tersebut hanya terhad untuk beberapa bulan, untuk menyambung langganan, perlu membuat bayaran lain terus kepada syarikat..

mudah kan?


Bayangkan malam ni kat Alor Setar, ada penerangan atau kursus keusahawanan oleh pihak Kenshido tentang Score A di Ball-room Holiday Villa akan diadakan, dan 100 orang warga Kedah hadir dengan semangat berkobar-kobar, untuk ditunjuk-ajar oleh sifu dari KL, tentang cara-cara nak jadi jutawan a la Kenshido. Jadi si sifu tunjuk slide kat atas ni. dan dia cakap kalau korang berjaya dapatkan downline sebanyak sekian-sekian, dan ko join pakej paling hebat (e-Entrepreneur) awal-awal lagi, dia janjikan peserta tu semua masing-masing boleh dapat pendapatan RM820,800 sebulan wei! Siap ada bonus kiri-kanan-atas-bawah, dan abis taklimat, orang Alor Setar yang hadir tu semua balik rumah dengan mimpi indah untuk jadi jutawan. Jadi, masing-masing cari duit, keluarkan simpanan yang ada, bergolok-bergadai nak cari modal untuk join pakej e-Entrepreneur dengan harga RM5,548. atau yang tamak gilbabs tu pulak, terus ambik pakej e-Max dengan harga RM10,800.woohoo! 
Tapi, Kenshido dah dapat siap-siap duit ahli masa dia berdaftar (dan terus masuk bank, simpan takut kena curik), sedangkan ahli tu semua kena cari pelanggan untuk jual portal Score A tu kat pelanggan yang ada anak bersekolah dan kena cari ahli di bawah dia untuk di taja (dan yang akan diajar supaya buat duplikasi cari downline ad infinitum) - dan dalam apa sahaja bentuk MLM dalam dunia ni, syarikat akan cuba mendapatkan ahli untuk join skim seramai mungkin, dengan janji keuntungan sky-high, lepas tu brainwash sipolan bagai nak rak, kasi ahli yang join ingat sampai bila-bila bahawa, kalau korang tak dapat RM820,800 sebulan ni... ko tu yang mangkuk-hayon dan tak dapat menghayati kaedah pemasaran Kenshido macam si sifu. Is that true bro? Adakah janji Kenshido dapat dikotakan dan setiap orang yang 100 kat atas akan jadi millionaire? Fakta ini adalah diluar kawalan Kenshido dan hanya Allah yang tahu. Jadi, kenapa janji sewenang-wenangnya. Ada saranan dalam PPS tak pasal promosi sebegini? Boleh berlaku tak? 
pengasas(ceo) ASAL Portal Score-A, En. Kamal Tan Sri A. Samad ialah anak Melayu.. tetapi, disebabkan program keusahawanan ini, beliau sendiri telah menyaman syarikat dan anak2 buah beliau.. dan seterusnya,, menarik diri daripada syarikat sendiri.. kerana ? kerana beliau sedar, program tersebut hanya akan menindas orang2 melayu yang cetek pemikiran,, apatah lagi STUDENT...
apa yang student tahu... dia bawa masuk ahli baru, dan dia guide ahli baru untuk membawa masuk ahli baru, dia akan dapat duit.. see,,, it is all about duit.. 
ok! tak nak cerita lebih kang orang bosan nak baca entry ni. have a nice day guys !


credit : aiman dan aidid mu'addib

17 comments:

al_hakim said...

ohoi dasyat..ade org ajak jugak..tp tak berminat..huhuh

Ezzattie said...

serious! tak suka MLM sebab nampak sangat nipunyee. ^.^

hafyzzul said...

^.^.....chill sudah,,, kamu, orang xrasa nak masuk sebab macam ni la, sory about that day ok..

Irhanatul Khazira Ishak said...

org ni ha menyesal join ni. lg laaa

fidah adie said...

hahhaa...pening baca :D

Unknown said...

Woww..details info...gila cool~fakta dan presentation yang kukuh...well done aweks~

Dakara said...

hampir nak masuk, tapi besyukur sangat2 sebab tak jadi, tapi duit 70 burn la pergi seminar dia =,=

yen(toka ziizokukuto) said...

panjang lebar penerangan nya,,nice,,,pernah kena benda ni,,,ada ke org tgh kerja,,sebok dia nk menjaja benda ni,,hahhahah,,,pastu nak gelapkan mata orang,,tunjuk kereta sport dia,,hahahah

Irhanatul Khazira Ishak said...

dakara : xpe, baru burn ckit? blom burn byk lg. :)
yen : thx2 ur comment, ntah kereta sport secondhand kn kn :P

Irhanatul Khazira Ishak said...

nape cik tikah oiiii :)

fzamazlan said...

Salam..
tuan empunya blog, zira. ;)

hehe. saya dah terjebak pegi kursus dia selama sehari atas ajakan kawan baik ,..dia langsung tak cerita nak pergi kursus usahawan apa. skrg dah nampak betapa nampak beno nipunye.nampak sgt ni skim cepat kaya.dan segala keraguan dari segi hukum..
dah pernah join ke scam ni? bila baca blog yg tulis pasal MLM score A ni, terus sedar dari mimpi. yang untuk jadi kaya bukan kaya hasil dari kerja keras orang lain. aka downline2 buat keje, upline yg semakin kaya..

cuma, saya tak beritahu kawan saya yg saya nak tarik diri dari semua ni..mesti leader2 dia sibuk pujuk2. ahh. masalah. hehe

Irhanatul Khazira Ishak said...

wasalam.

zira penah terjebak dgn skor A nih.
biar kite xkaye. asal kite duit dr hasil titik peluh kite. bkn kerja keras org lain. mcm awk ckp la kn =)

xpe, lame2 dorg xkn layan kamu, kalo kamu xlayan msg ngan call dr leader. itu jep.

pesanan dari zira, jgn la terjebak ngan MLM ni lg. even, member baik yg ajak sekalipon. nnti kamu akn mudah lupe dunia, pelajaran dan sumenye la =D

aimanayie said...

thanx for ur credit :D

Akram Merican said...

Salam sy ada keraguan pada formula math diatas... Mana boleh diabaikan begitu saja - 1 kerana -1 itu membawa makna yg besar.. cuba masukkan nilai N dan buat perbezaan antara - 1 dan tak - 1 :)

Unknown said...

Si akram ni leyh tahan jugak..ape la sgt beza 1 tu..kalau kite tgok..semua persamaan ade kuasa n..
itu dah menunujkkan betapa besar sudah nilai tu..kalau tolak 1 pon..tak jauh mane..
aiyoo...

Anonymous said...

Si Akram ni lah jenis melayu yang suka masuk mlm sebab taksub nilai 1 yang BESOR! Hahahhah. Baik jual insurans. Untung boleh makan 3 tahun. Cari org juga. Peace.

Unknown said...

Ni pengalaman sy join score a .ini efect nya.kawan sy semakin berkurang kerana sy ajak p seminar pastu dia tak mau join dan kami semakin tak rapat bkwn.modal sy habis rm1000+minyak motor+masa+cuti kerja.terus terang sy semakin tak boleh kawal diri perasaan membuak2 nak jadi kaya dn lahirlah rasa diri ini sombong .tiap hari sy ssh nk tidur sbb nak kejar kaya .tapi kini sy sdh sedar rezeki itu milik allah .keredhan itu tiada klau join mlm ni.kepada yg masih sertai mlm tu ini pesanan sy KAMU LAHIRKAN 100 ORANG JUTAWAN TAPI 1000 ORANG LAGI D BAWAH KAMU MASIH NGANGA..FIKIR2LAH .