Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


LoveMyProfile.com - Profile Counters



 


Thursday, 23 August 2012

Selamat Hari Raya 2012

Assamualaikum 


Biar pun hari da masuk hari raya ke-5 . zira nak ucap kan selamat hari aidilfitri kepada you all semua. so, macm mane raya tahun ni? banyak tak korang dapat ? hihihi. 

Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin  

P/s if ade sape-sape ade twitter tu follow la zira ni (twitter @AleshaHana)

Wednesday, 8 August 2012

Hati !

hati ni sering sangat dilukai..kenapa ye??
mungkin kerana diri aku sendiri yang merelakannya..
kadang kala seperti kekuatan itu datang menerpa..
namun kadang kala ia hilang begitu saja.
untuk apa mengharap sesuatu yang belum pasti? sedangkan
aku tau semuanya dah pun terjadi..
air mata sahaja yang sering temani setiap waktu..
air mata ini melambangkan banyak makna tersirat disebaliknya..
airmata kekecewaan,kedukaan,terluka,harapan dan banyak lagi..
kadang kala ia tak mampu ditafsir oleh mata kasar..
namun dari hati ia jelas terpancar jawapannya..
andai bisa ditafsir melalui mata maka ia juga menunjukkan benda yang sama..
andai hati bisa berbicara ia akan menjerit kesakitan juga.
namun apa kan daya ia hanya bisa dipendam di lubuk hati..
tak siapa mengertinya..tak akan ada..
kaki seperti mula melangkah pergi sikit demi sikit..
hari demi hari kaki ini semakin melangkah jauh dari dasarnya..
mungkin masanya sudah tiba sebenarnya..
selama ini aku terlalu banyak menipu diri sendiri sampai jadi begini..
salah diri kerana terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain dari diri sendiri..
wahai hati maafkan aku kerana menyiksa dirimu..
kita akan sama-sama merawatnya dan kuatkan nye lagi seperti dahulu..
wahai kaki bawa la aku pergi jauh dari sini agar aku tidak lagi menangisinya..
semoga ia jalan yang terbaik..ya allah kau tunjukkan lah jalan yang bisa
merawat segalanya..hanya kepada mu aku meminta pertolongan..
Kalau ade jodoh kite jumpe lg ye. Assalamualaikum

Friday, 27 July 2012

Kehidupan

Dalam hidup ini, kita sendiri tak pasti apa yang bakal kita lalui pada esok, lusa, tulat, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan. Semuanya tak pasti.


Kita selalu dan masih juga di bayangi dengan kisah-kisah silam, cerita-cerita lepas dan kenangan-kenangan yang pasti meruntun jiwa. Kita berlari ; tapi satu persoalan mula menjelma. Kita berlari meninggalkan sesuatu atau mengejar sesuatu?


Hati kita selalu bercakap dan berkata itu ini. Hati kita selalu menyampaikan dengan mudah apa yang kita inginkan. Tapi kotak fikiran kita selalu menidakkan kata hati. Sebab kotak fikiran kita mampu berfikir dengan baik. Sampaikan satu tahap, hati kita sendiri yang sakit


Ya, semua orang pasti merasai. Hati yang sakit dan pedih tanpa sesiapa pun yang sedar tentang hakikat perkara itu. Kita mampu senyum dan bergelak ketawa dan juga mampu menceriakan orang lain tapi tanpa kita sedar, kita sebenarnya terlupa sekeping hati kita yang terluka ini


Kita tutup mata, cuba untuk bertindak seperti biasa dan ya ~ cuba melupakan. Tapi kita bukan malaikat, kita manusia. Tutup mata, cuba untuk melupakan tapi ianya masih juga datang dan mengejar kita. Lalu tanpa kita sedar, sekali lagi, kita biarkan dan mungkin juga membenarkan ianya berlaku lagi


Sepi. Sepi. Sepi dan sunyi. Hati kita merintih kesunyian. Hati kita pedih. Hati kita tak mampu untuk tampung kesedihan ini. Sekuat mana pun kita menjerit, sejauh mana pun kita berlari, serapat mana pun kita tutup mata, sebijak mana pun akal fikiran kita, kita masih juga tak mampu menidakkannya


Rindu. Ya perasaan rindu itu datang tanpa kita nak. Cukuplah hanya dengan memandang tanpa berbicara, sudah mampu menceriakan hati. Tapi bila malam menjelma, kita sedar kita masih terkurung dalam sangkar dan hanya mampu melihat semuanya berlalu


Biarlah, biarlah. Kalau betul lah apa yang dikatakan oleh orang lain, aku akan tunggu. Tunggu dan akan terus tunggu, insyallah. Jika hayat aku masih ada. Melihat kamu tersenyum pun sudah cukup bermakna bagi aku. Cukuplah perkara yang lepas. Aku tak mungkin akan ulanginya kembali


Kamu, dalam sujudku, aku berdoa agar kau juga sama seperti aku. Insyallah. Jika ada, adalah. Aku tak mohon lebih dari itu. Cukup dengan apa yang ada sahaja. Jika ini lah takdir yang harus aku terima, aku terima. Jika tidak, aku hantarkan kau pulang dengan senyuman


Pelik kan? Inilah hidup. Menyayangi dalam diam dan dalam masa yang sama, kita sendiri yang sakit. Nak berterus terang, tak mampu. Nak simpan, tak tertanggung rasanya. Apa yang mampu kita buat? Menangis?


Jangan biarkan malam bertukar siang. Biarkan malam terus menjadi malam. Biar malam ini akan jadi sunyi dan sepi, seperti aku. Biarkan. Biarkan malam itu.


Aku sunyi dan sepi. Hati aku pedih dan sakit. Aku sakit dan terseksa, kamu tahu? Datanglah kepadaku dan hiburkanlah aku sebelum aku terjatuh lebih dalam lagi :')

Thursday, 26 July 2012

Kenapa Nak Berubah?

Semua orang mengenalinya. Semua orang menghormatinya. Daripada Dekan sampailah ke makcik kafe. Berwajah bersih dan jernih membuatkan hati yang rawan menjadi tenang semula. Bertudung labuh menutupi aurat bertetapan dengan syariat Islam yang telah diajar oleh Nabi Muhammad. Biarlah orang mengutuknya kolot atau pun kekampungan. Biarlah mereka! Dia tidak kisah asalkan Allah sentiasa memujinya. Dialah seorang perempuan bernama Maslihah.
****
Petang itu, Ashraf terburu-buru pulang ke hostel. Pintu bilik B-21 diketuknya. Tidak lama kemudian, terjengul muka Bro Rahman yang basah.
"Ada apa, Ashraf?" Soal Bro Rahman hairan.
"Boleh saya masuk?" Ashraf meminta izin. Bro Rahman melebarkan pintu tanda mengalu-alukan kedatangan Ashraf.
Ashraf nampak sehelai sejadah sedang terbentang di sudut bilik. Jam dipandang.
"Sudah masuk waktu Asar. Kebetulan bro pun baru nak solat. Jom solat sekali." Ajak Bro Rahman mesra.
Ashraf teragak-agak. Melihatkan Bro Rahman yang sedang menantinya, digagahkan juga kaki ke bilik air. Diambil wuduk sekadar yang diingat sahaja. Baru dia terperasan, sudah bertahun-tahun dia tidak mengambil wuduk. Wuduk pun tidak ambil apatah lagi untuk mendirikan solat.
Kemudian, Ashraf menghampiri Bro Rahman yang sudah sedia untuk mengimamkan solat. Dia berdiri belakang sedikit di sebelah kanan Bro Rahman. AllahuAkbar...
Selesai solat, Ashraf terus mengutarakan masalahnya yang dipendam sejak tadi. Duduk bersama-sama Bro Rahman, Ketua Unit Agama Islam, membuatkan dirinya terasa kerdil.
"Ashraf ada masalah apa?" Bro Rahman bertanya lembut. Wajah Ashraf ditatapnya. Siapa yang tidak kenal dengan Ashraf? Terkenal dengan kenakalannya di kolej itu.
Ashraf terdiam. Lidahnya terasa kelu tiba-tiba. Tetapi, digagahkan juga.
"Sebenarnya... saya nak jadi baik." Akhirnya, Ashraf meluahkan masalahnya.
Bro Rahman terdiam. Dipandangnya Ashraf lama.
Ashraf menarik nafas dalam-dalam. "Saya nak jadi baik. Saya nak berubah. Saya janji saya akan tinggalkan perkara-perkara jahat yang saya pernah buat. Saya harap bro boleh tolong saya."
Bro Rahman mengangguk faham. Faham dengan konflik yang melanda rohani anak muda di hadapannya itu.

"Ashraf nak berubah sebab perempuan?"
Soalan maut daripada Bro Rahman itu menyentak Ashraf. Perasaan segan mulai bertandang di hati. Namun, perlahan-lahan dia mengangguk.
Bro Rahman berdehem sedikit. Nampaknya, tujuan Ashraf perlu diperbetulkan. "Sebelum tu, Ashraf tahu tak maksud baik tu apa?"
Ashraf memikir-mikir sejenak. "Hmm.. Bagi saya, maksud baik adalah apabila orang tu melaksanakan perintah Allah."
Bro Rahman mengangguk. "Betul! Tapi, bro nak tanya Ashraf satu benda. Kita ambil contoh yang paling senang. Yang paling dekat dengan kita. Bagi Ashraf, kalau seorang lelaki tu solat lima waktu sehari semalam tapi bila masuk padang pakai seluar pendek sampai nampak kepala lutut itu dikira baik atau tak?"
Ashraf menggaru kepala. "Saya rasa tak."
"Kenapa Ashraf rasa tak? Padahal dia solat penuh lima waktu?" Bro Rahman menduganya.
"Sebab dia masih tidak mengikut perintah Allah. Walaupun dia solat, tapi auratnya tak terjaga." Ashraf menjawab dengan penuh yakin.
Bro Rahman mengiyakan. "Ashraf, sebelum kita nak berubah kita kena faham maksud baik itu. Adakah bila orang tu menunaikan kelima-lima rukun Islam tu dikira baik walhal dia bergaul bebas dengan jantina lain? Tak jugak, kan? Jadi, kalau Ashraf nak berubah, Ashraf kena berubah secara keseluruhannya."
Ashraf hanya diam mendengar tutur bicara Bro Rahman yang lembut. Perlahan-lahan dia mula memahami maksud tersirat yang sedang dibicarakan.
"Allah ada sebut dalam Al-Quran, 'Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.' Yang ni ayat ke 208, Surah Al-Baqarah. Maksud di sini, Ashraf tak boleh laksanakan perintah Allah tapi sekerat jalan aje. Nak, buat. Kalau tak nak, Ashraf tinggalkan aje."
Bro Rahman menepuk bahu anak muda yang menunduk di hadapannya itu. "Jangan risau, bro akan Bantu Ashraf, insya-Allah. Tapi, satu aje bro nak pesan."
"Apa dia?" Ashraf bertanya.
"Ashraf kena berubah sebab Allah. Jangan sebab harta, wanita ataupun sesiapa sebab risau Ashraf akan berubah sekejap aje. Berubahlah kerana Dia dan bersyukurlah sebab Dia dah ketuk pintu hati Asyraf dan tebarkan hidayah pada Asyraf."
Asyraf berasa sebak. Baru dia menyedari bahawa Allah amat menyayangi hamba-hambaNya walaupun hambaNya sudah berbuat zalim kepadaNya.
"Baliklah. Buat solat sunat taubat nasuha. Insya-Allah, Allah akan permudahkan urusan Asyraf dengan gadis itu. Asyraf jangan risau sebab Allah dah janji perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik."
Asyraf memeluk Bro Rahman erat. Air matanya tumpah juga di bahu lelaki itu.
****
Dua bulan kemudian, Asyraf memberanikan diri untuk berjumpa dengan gadis yang telah menambat hatinya itu. Dengan lafaz Bismillah, diluahkan keinginannya untuk menyunting gadis yang bernama Maslihah itu. Seminggu kemudian, dia mendapat kiriman SMS yang berbunyi: 'Sesungguhnya Allah telah menciptakan wanita itu daripada tulang rusuk lelaki. Izinkan saya untuk menjadi pelengkap tulang rusukmu sehingga ke Jannah, insya-Allah.'
Tengah malam itu, air mata Asyraf tumpah lagi di atas sejadah. Kali ini di hadapan Allah Yang Maha Melihat.

Sunday, 22 July 2012

Thank you for the love the one you giving me

You came and brought music to my soul
Inspired me to the very core
You touched me well
No one has been before

Now there’s a reason to wake up each day
I thank the Lord for sending you my way
Now I am whole, a lucky soul
I wanna thank you for your love
Thank you
Thank you for your love

Now looking back all the pain
No more dark clouds
No more rain
Thank you

Thank you for your love.

“I’m so lucky to have you. You are by far the best blessing God has ever given me and I’m so happy that he gave you to me to love. Even though I don’t deserve all that you are to me and all that you do for me, I want you to know that I am so very grateful for you. I’m so grateful for all the wonderful memories we have shared: all the smiles, laughter and even the tears. Loving you has made my life come alive. Some people go through life and never live it: I mean REALLY live it. But I thank God that He let me really live my life to the fullest by giving me you. You light up my world and show me things I never dreamed I’d see. Thank you for all that you do for me and all that you have given me. “

You remind me every day of how much you love me, and I’m always grateful that I’ve found the person that I want to spend the rest of my life. i love you.

Saturday, 21 July 2012

24 ciri orang yang mencintai kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’


16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.


23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.


24. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Copy paste :)

Friday, 20 July 2012

Waiting him

Hari-hari hana tunggu zan terima hana balik :'( hana tak ley kawal perasaan hana. Hana rindu zan sangat-2. Zan gelak, zan cakap kelakar la hana ni. :'( Hana still sayang kan zan lagi. Tapi zan anggap hana kawan biase je tak lebih dari tu. hana sedih. :'( hana still anggap zan ni bf hana. Even kite gaduh teruk cam ne sekali pon. Sob-3 T_T


Petang tadi hana call zan, mule-2 hana takut jugak nak call zan. Jantung hana da mule berdebar-debar. Hana nak kite cam dulu. Hana rindu. hana nak jumpe zan. Hati hana ade zan je. Maybe kalau zan bace ni, zan anggap hana ni bodoh la. :'( Sob-3 :'(


Hana nak tahu, zan masih sayangkan hana lagi ke? :'( hana nak tau jawapan nye. Sbb kalau orang da tak suke seseorang tu dia sanggup tukar num fon dia :'( tapi zan tak.

Wednesday, 18 July 2012

Truly from my heart !

Sebenarnye kan, kenape tiba-tiba bila kite gaduh teruk hari tuh, awak baru nak cakap hati awak berbelah bagi antara saya dengan dia? Ke sebab awak nak uji saya ? Sebab saya tak tunjuk sayang dan cinta kan awak? Takut awak bertepuk sebelah tangan ? Lagipon sebelum-sebelum ni pon awak gotcha kan saya, gune no broadband nak kene kan saya. Saya nak tahu kenape awak buat begitu dekat saya? Apa salah saya? Saya nak jawapan nye. Sob-3 :'(

Dulu awak ada cakap I DONT LIKE SHARING. Awak cakap, saya is first person that you really loved most ! Tapi kenape sekarang lain. Saya nak tau secara jujur hati awak untuk siape? Saya atau dia?

Saya tak nak la orang tipu saya, mainkan perasaan saya. Saya tak dikecewakan. :'( Cukup la ex saya buat cam tu kat saya. sebab tu saya single 3 thn lame nya. Kenape dulu awak tak cerita. Boleh kita berbincang same-same. Saya da bagi sepenuh hati saya untuk awak. Tapi bila sekarang tau. Hati saya sedih.

Saya tertanye-tanye? saya keliru, saya tau awak sebenarnye tak rela putus dengan saya. Saya nak dengar luahan hati awak. Secare jujur nya.


P/s : hana rindu kan zan sangat-2. Hana rindu kita happy mcm dulu.

Tuesday, 17 July 2012

Saya nak awak tahu

Sejak kita kenal, macam-2 dugaan kita lalui, awak ingat tak dulu, bila saya tak layan awak, awak merajuk dengan saya? Sampai kan saya kene pujuk awak. Hihi. Manje sangat-2 awak ni. Tapi saya suke :)


Hari-hari kite ber-msg tanpe rase jemu. Hari-hari juga kite akan cakap i love you. I miss you. Saya suke cara awak amik berat tentang saya. Tapi bila awak tak ade kredit. saya akan call awak tanye kan khabar. Bila saya takde kredit awak akan call saya pakai no mama, hihi ^^, honestly, bila saya rindu, saya bace balik message-2 kita yang lepas. Even gado pon. Kadang-2 saya tergelak, kenape kita gado ye?Saya nk awak tahu saya serius ambil berat tentang awak .


Kenape saya terime awak? Kenape saya tak terime lelaki lain. sebab awak ni lain dari yang lain. Cara awak, cara teguran awak, sbb saya tahu satu hari nanti awak dapat bimbing saya untuk mase depan. Paling saya suke awak akan tegur bila saya pakai shawl. awak akan cakap saya cantik pakai tudung bawal. Hihi. Terime kasih awak. Hati saya sebenarnye tenang bila dengan awak. Jantung saya akan berdebar-debar bila ada sesuatu buruk akan berlaku antara kita. Dengan awak la saya first time ada perasaan cam tu sekali. Dengan awak la saya anggap hubungan kita serius. hari-2 saya doakan semoga hubungan kita akan kekal ke akhir hayat.


Awak,
Kita pernah sedar , hari- hari kita gaduh, tapi kita kekal sampai hari itu, kenapa? Awak cakap kita unique couple. Unique name : Irhanatul Khazira Ishahrizan Yantzen. Di sebalik name kite ni ade perkataan sweet yang terselit disitu. Terharu saya. Tapi saya malu nak unggapkan pada mase itu, awak cakap kalau boleh, buat kan satu novel tentang pengalaman yang kita lalui pahit manis masam kita. Susah senang kita.


Awak,
Sejak awak masuk kolej, minggu pertama awak rindu sesangat dengan saya. Sampai tak sabar nak jumpe saya. Kelakar la awak ni. :') saya pon rindu awak. tapi semakin lame saya terase awak makin jauh dari saya. Semakin hari semakin berubah attitude awak. saya sedih. Saya tak tau nk tegur bagaimana. Takut saya tegur awak tak boleh terime. Saya RISAU kan awak. saya perasan awak ni sebenarnye manje, memerlukan kasih sayang dari saya, sensitive dengan ayat saya. Mudah merajuk dengan perangai saya. Saya tahu . Tapi saya nak awak jadi yang terbaik untuk diri awak, saya tegur dengan kasar, marah, bukan saya nak malu kan awak depan orang. Tapi saya nak awak berfikir kenapa saya buat begitu dengan awak. Sebabnye saya sayang kan awak, cuba la awak berfikir ada ke gf sanggup buat cam tu sebab dia nak awak jadi yg terbaik untuk diri awak bukan untuk diri saya . Dia tak nak awak terpesong dari unsur-unsur negatif. Tapi saya sedih awak cakap awak diperbodohkan oleh saya? Kenapa sampai begitu sekali awak kata? Sebab saya malukan awak ke? Awakkkk.... Ishahrizan Yantzen, Saya tegur sebab saya nak awak pandai pilih kawan, bukan nye nak jeles ape ke. Jangan mudah terpengaruh ngan kawan. Pandai beza baik dan buruk. Siape la yang mengajar awak kate sampai begitu sekali. Kat KL macam-2 pengaruh negatif ade di sana. Cube la muhasabah diri. Kalau kita pandai jaga diri. Takpe jugak. Kalau tak pandai jage diri. Saya takut awak hanyut dengan dunia negatif. Saya takut awak terlalu sosial. Nak enjoy boleh. Tapi biar la berpada-pada. Bagaimane kalo parent awak tau perangai awak cam ni dekat KL? Mesti dorang sedih. Penat-2 dorang cari rezeki untuk awak dan adik-adik awak. Penat-2 mereka hantar awak pergi belajar untuk mase depan awak. Hargai la mereka. Tanpa parent siapa lagi nak bagi awak, duit belanje, laptop, handphone. Mereka sayang kan awak dan adik-adik same je. Tak de lebih dan tak de kurang. Tanggungan mereka masih berat lagi. Adik-adik awak sekolah lagi. Kita ni bukan nya dari golongan orang senang. Pandai-pandai la awak urus kan duit, diri awak, belajar la cara berdikari. Awak, doakan la mereka panjang kan umur, murah rezeki.


Saya nak awak tahu, attitude awak dekat KL dengan Kat rumah jauh beza. saya lagi suke perangai awak dekat umah. sebab saya suke dengar suare manje awak, cair hati saya. sebak hati saya, luluh hati saya attitude awak berbeza dari dulu.


Awak ingat la, permulaan kita kenal ni Allah sudah menguji kita dengan pelbagai dugaan. Cuma kite sahaja yang tidak perasan selame ini. Dia nak menguji tahap kesabaran dan pengalaman hidup yang sukar antara kite. Pahit manis susah senang antara kite. Dari situ la hadir nye org ketiga keempat kelime dan seterusnya. Sebabnye satu hari nanti Allah akan memberi kebahagian terhadap kita jika kita berjaya belajar kesabaran dengan tenang. Sering memaafkan kesalahan jika ada membuat kesalahan. Kejujuran mesti la ada dalam sesebuah hubungan. Salah satu cara mengatasi kemarahan adalah solat. Berdoa dan berzikir. Insya-Allah hati kita akan tenang. Jika pasangan kita membuat kesilapan tegur la ia, bimbing dia kejalan yang benar. :)


Cinta saya tak pernah pudar sekali pon. Even saya tidak tunjuk pada awak, saya rindu sesangat awak, Ishahrizan Yantzen. Saya harap kita dapat sambung balik hubungan kita. kite perbetulkan kesalahan kita berdua. Saya tunggu jawapan dari awak. Dari hati awak. Hati saya untuk awak. Awak la cinta terakhir saya. Saya mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki selame ni saya terkasar bahasa , kecik kan hati awak, niat saya untuk menyedarkan awak. Bukan nye nak merosak kan hubungan kita. Bukan nya nak awak benci kan saya. Saya, secare jujur susah untuk menipu dengan lelaki yang saya cintai. I love you forever infinity Ishahrizan Yantzen :')






Thursday, 12 July 2012

bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan


Cinta.Ianya bermula dari mata.Kemudian ia turun ke hati.Mula-mula suka.Kemudian bertukar kepada cinta.Dan akhirnya ia akan membawa kepada duka.Jika bukan kerana cinta yang tersekat di tengah jalan,mungkin kematian yang menjemput orang yang dicintai.


Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia tak kan bawak pasangannya ke hulu ke hilir.Maksudnya,dia nak simpan pasangannya kerana dia tak nak si dia menjadi tumpuan orang ramai.Biar tak berjumpa,tapi tetap ada di hati.


Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia akan sanggup berhabis apa sahaja untuk pasangannya.Duit,masa dan tenaga tidak setanding dengan cinta yang dicipta bersama-sama.


Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia akan mencari agama dan cuba untuk memperbaiki diri.Ini menandakan yang lelaki ini begitu serius dan ingin berikan yang terbaik kepada pasangannya.Bukan hanya di dunia,malah di akhirat.


Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia akan sentiasa menasihati dan ingatkan pasangannya.Bukan bermakna dia nak mengongkong pasangannya,dia cuma nak lihat pasangannya bahagia di akhirat sane.


Bila seorang lelaki mencinta seorang perempuan,dia akan berjanji untuk tidak membiarkan pasangannya tunggu terlalu lama.Dia akan berusaha mencari jalan untuk menjadikan perempuan itu halal untuk dirinya..




Monday, 21 May 2012

nota untuk siDia


Heart: I love him. (ʃƪ˘▿˘)♡
Brain: Okay, but be careful. Just do not get hurt, like the last time when you loved somebody else.

hey uollss semua. ! sorry zira sejak kebelakangan ni jarang nk update blog. da berhabuk an blog zira ni? meh tiup cikit habuk tuu. fuhhh fuhhh. HAHAHA ! :D okayy malam ni zira nk cerita something. kalau korang bace kat atas tuu. mesti faham kn? I fall in love again ! OH MY GOD. macam tak percaye kan? bak kate mak kan "bukan dulu dah tekad tak nak msg dgn lelaki, tak nak layan lelaki..?" tapi semua tu boleh berubah dalam sekelip mate bile sejak kebelakangan ni, zira memang syg kat die. suke tengok senyuman die. hehehehe *start da zira mengarut ni. ish3

sampai kan ada satu hari tu. zira cerita kat kawan zira. zira suke die. zira ingat just nk jadi kawan die je. sebab muke mcm die tuh confirm dah ade awek. haishh -.- sape je la nak kn zira ni kn kn kn? :P mule-mule takut juga nk msg die. ye la mane la tau kot kot die tu xsudi mesej ngan zira ni kan :) nasib die sudi mesej ngan zira. kih3 >_<

but last week, i had an accident ! kalau zira cerita balik ape yg terjadi on that day. zira akan menangis sorang diri. zira takut. takut sesangat. first time kene accident. 5 hari jugak la kene emitted ward :(apepon, zira terharu sesangat bile die sanggup korbankan mase die semata-mata nk lawat zira. sampaikan ade satu hari tu dia demam. zira mmg risaukan die. zira xpikir pon yang zira tengah sakit time tuu. By the way, thanks a lot Ishahrizan Yantzen ♥ 
I Love You. I Miss You. I Need You


Zan, if terbukak blog hana ni, and terbace pasal entry ni. This is come truly from my heart 




I don't know why the most stressful thing I have to deal with every day without you is missing you 
 I don't know why you're in my dream every night.
I don't know why you make me smile every moment I see you
Everytime you smile, the world become a better place
You have no idea how much you mean to me 
I want to be with you today, tomorrow and always :)


did u have same feeling with me? 



P/s :


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan
Dua tangan untuk memegang
Dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat


Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya
Itulah namanya CINTA






Thursday, 12 April 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu !

Assalamualaikum 




Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?

Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.





Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.


Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?






Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.


Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?


Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.


Subhanallah. AlhamdulillahAllahuakbar.


"Bila Hati itu Bertulang."


- credit : iluvislam.com

Saturday, 31 March 2012

Nota Lelaki Kepada Perempuan Comelnya Sepanjang Hidup

Assalamualaikum !

Hari ni zira nak share artikel ngan korang. for those yang tgh bosan xtau nk wat pe. jom bace artikel ni ngan zira nak tak? hope korang enjoy ! >_<


Malam ini, lelaki itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan. Lebih tepat, angin turut bertiup enak, membelai rambut lelaki yang kusut masai .
Terbit rasa ingin tahu. Rindu kepada secebis dirinya. Secebis yang bisa memberikan lelaki itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa. Rumit untuk diterangkan dan dihuraikan. Bahagia yang mampu menyempurnakan agama. Itu mungkin cukup penjelasannya .
Namun, lelaki itu tidak tahu, tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu. Mungkin lebih tepat , lelaki itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui. Redha.
Lelaki itu berjalan perlahan, berteduh di bawah bumbung yang bercahaya. Meraba-raba pemandangannya, mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya. Secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama lelaki itu.
Lelaki itu mula memberi pandangan pertama .
Cebisan bertudung merah jambu. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berambut perang kemerahan-merahan. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berkaca mata comel. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Susur keluar diatur. Kembali ke atmosfera gelap. Buntu. Entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat lelaki itu sepanjang hidupnya.
Cebisan yang boleh memberikan lelaki itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan. Degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipit sebelum dipanggil tuhan. Rindu lagi.
Lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Baring di atas lantai hitam, mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan.
Perempuan bertudung putih membawa si bunga yang cantik berlatarkan anjung luar rumah. Wajahnya samar-samar. Memegang bunga putih sambil tunduk dibawah bintang-bintang yang bergemerlapan. Hikayat seorang perempuan yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya.

Dakwat rindu masih basah lagi. Harapan masih luas lagi. Namun, perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya. Bersangka baik dengan tuhan. Pastinya, ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung.
Tak perlukan si cantik rupawan, cukup sekadar memberi lelaki itu senyum berlesungkan pipit .
Tak perlukan si kaya raya, cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama lelaki itu .
Tak perlukan si cerdik pandai, cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada lelaki itu .
' Aku rindu. Aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua. Ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagiaku. Samar-samar wajahmu, akanku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua, agar wajahmu lebih jelas di potret hatiku. Biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang. Pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rinduku. Yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tanganku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '
Harapan seorang lelaki itu, sebaik sahaja hikayat itu dilukis, wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya. Kuat keinginannya untuk lelaki itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan. Semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini, entah tidak tahu benua mana arahnya. Tuhan sahaja lebih maha mengetahui .
oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu.


Credit : ILuvIslam.com

Wednesday, 21 March 2012

Wordless Wednesday #6 : I Love HER !


setuju tak?