Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


LoveMyProfile.com - Profile Counters



 


Saturday 10 December 2011

Quotes for today #1

Sunday 4 December 2011

Taman Tema di Johor pertama dibina di Asia

Assalamualaikum

ehhh LEGOLAND MALAYSIA laaa?? siapa tahu kat JOHOR ni nanti ada LEGOLAND?? Teringat masa kecik dulu main lego dengan adik. Tak sangka pula Malaysia nanti dalam proses bina Legoland. If korang yang fanatik sangat-sangat tentang lego dari dulu sampai sekarang. Masa ni la di nanti-nantikan. Tapi bukan tahun ni tau. Korang kene tunggu 2013 sebabnya taman teman ni dijangka dibuka kepada orang awam time 2013 nanti. Tak lama je lagi. Just wait and see yaa. 


Taman tema di Johor pertama dibina di Asia, kelima di dunia berciri unik kekalkan keindahan alam sekitar
JIKA Singapura telah membuka taman tema Universal Studio dan menarik pelancong untuk ke singapura, Malaysia juga boleh berbangga apabila Legoland pertama di Asia sudah dibina di utara Medini, Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 2012. 

Pembangunan Legoland itu bakal menjadikannya taman tema pertama seumpamanya dibina di Asia dan kelima di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor (di luar London), Legoland California (Amerika Syarikat) dan Legoland Deutschland (Günzburg, Jerman). Jika digabungkan, empat taman itu memiliki lebih 50 permainan, pertunjukan dan hiburan keluarga.

Tarikan utamanya, Miniland yang menggunakan lebih 20 juta bata Lego bagi membina replika bangunan ikon terutama dari rantau Asia. Antara yang dijangka dibina termasuk Menara Berkembar Petronas, Taj Mahal, Angkor Wat dan patung singa Merlion yang menjadi identiti negara jiran, Singapura selain menara pencakar lain dunia. Menarik kan?

Ada antara permainannya juga diilhamkan menerusi produk tertentu yang pernah dikeluarkan jenama itu. Ini dapat dilihat menerusi permainan popular di empat taman tema itu berdasarkan set Lego Knight’s Kingdom. Taman tema terbabit akan dilengkapi landasan kereta api mini bagi membolehkan pengunjung melihat serta menerokai sebahagian besar taman ini.

Tarikan lain yang mendapat sambutan hebat termasuk Driving School. Anak kecil dapat memandu kereta elektrik mini dengan rekaan seumpama ia dibina menggunakan bata Lego di jaringan jalan raya kecil. Seperti taman tema utama lain, ia turut dilengkapi restoran termasuk rangkaian makanan segera.

Bayangkan kita sekarang kat Legoland UK, macam itu la nanti Legoland Malaysia. 



Saturday 3 December 2011

first entry di bulan disember



Assalamulaikum

Hai korang. happy weekend. lama kan zira ni tak update blog. ada la dalam 3 minggu jugak laaa. Actually, time tu, zira tak de idea nak update, so, just biarkan blog ni berhabuk. kesian kan. terasa rindu nak blogwalking blog korang. bace entry korang yang super duper best. kalah zira. bytheway IMY my readers

Hari ni zira nak cerita apa yang zira wat time first day di bulan disember. weewiit. >_< 
Hari khamis tuu, zira just ada satu kelas je, kelas account. mula-mula zira tak feel nak study, ye la orang cakap lect ni ajar busan la itu la ini la. ehhh macam-macam la. Lama-lama, bila 2 weeks dia ajar kelas zira, rasa cam best pulak.  
(>人<;)

Okeyyy berbalik cerita 1.12.2011. korang mesti sume tau, hari yang ditunggu-tunggu kepada mereka yang nak sangat tengok cerita Ombak Rindu termasuk zira berpusu-pusu nak beli tiket kat mana-mana panggung wayang, sampai kan ada yang sedih, tak dapat tengok cerita tuuu cause tiket da habis. Habis kelas account kul 12, zira dengan member-member zira termasuk twin serangggg KLCC. HAHA. Mula-mula bila da sampai kiteorang sume terus pi beli tiket. walaupun time tu da lapar :) sanggup beratur panjang nak beli tiket punya pasal. ngeh3 ^_^

tadaaaa. zira tengok dengan kawan-kawan :)

Sementara nak tunggu kul 4.15pm nak tengok Ombak Rindu tuh, zira jejalan, shopping kat KLCC. Dann paling utama sekali bila keluar jejalan ni mesti nak bergambar kat Taman KLCC. Sampai kan iPhone zira panas sebab non-stop bergambar. ☆〜(ゝ。∂)

Ter-gedik sekejap :)


Me & twins

Pandai tak zira edit gambar ni :)





Saya memang suka melompat pon. ngee :D
sile komen sikit gambar ni :)

Tak nak tunjuk lebih-lebih. kang orang cakap ter-over pulak. huhu. Tapi hari tu memang The best day ever, keluar tengok wayang, shopping sampai sakit kaki. boleh pulak lepas tengok wayang tuu. kiteorang pergi Jaya Jusco Maluri. GUESS what? zira nak beli seluar kat sane sebab before tu zira survey harga kalau nak beli barang apa yang zira nak :) okayy sampai sini zira story mory for this entry (^∇^)

ehhh japp japp sape kat sini ade twitter tuu follow la twitter zira ni http://twitter.com/#!/AleshaHana




Wednesday 16 November 2011

Wordless Wednesday #5 :He's

see! he's easy left you when he doesn't need you anymore .

Sunday 13 November 2011

Ada orang salah hantar mesej kat zira?? Jeng Jeng !

Assalamualaikum

12.11.2011, 11.49 PM


Haaaa. tengok tuu mesej yang dia, time orang sebok-sebok dibuai mimpi la dia antar mesej,
da la salah antar, nampak benor takut husband dia sampai TER-salah antar mesej, kui kui kui. nasib zira tak MENG-replykan. zira ni sebenarnya malas nak layan no yang tak kenal, tah mane alien ni wujud zira pon tak tau. So, zira just ignore je mesej ni :)


Mungkin jarang orang dapat mesej seperti zira dapat ni. Mane tak nya, perempuan ni tak save no laki yang dia mesej tuu, just ingat no h/p laki ni, bila nak antar mesej tuu, tersalah tekan no katekn, pastuu terhantar la mesej tu kat no zira.
[fuhhh banyak benor perkataan TER. hihik]


woooo tak sangka weyhh bila perempuan ni sanggup bercurang kat belakang suami dia. "akak mesej ngan JANTAN lain ye?"
**pandai-pandai je zira tuduh bukan-bukan lak kat dia.


Btw, for those yang amik SPM tomorrow, I wish you all the best, jangan jadi cam kak zira ni time SPM dulu, suke study last minute. 











Friday 11 November 2011

Jangan Jadi Korban Cinta!

HAHAHA!! **gelak sekejap tak tau nape. cam orang gile kan kan. cube tengok tajuk entry atas tu cam menarik kan?






cinta?? sesetengah orang sanggup mengorban apa sahaja demi si dia. why?? sebab da terlampau-lampau sayang sangat kat kayu balak. kuikui ^.^


MEMANG BENAR! CINTA MEMERLUKAN  PENGORBANAN TAPI BUKANLAH PENGORBANAN YANG MEMBABI BUTA. SEBALIKNYA PENGORBANAN INI MESTILAH MEMPUNYAI BATAS DAN MENJURUS KE ARAH POSITIF. RAMAI REMAJA YANG MENJADI KORBAN CINTA GARA-GARA TERLALU MENGIKUT HAWA NAFSU ATAU EMOSI. 


ada kebaikan dan keburukan dia. tapi hari ni zira just cerita keburukan dia. next entry nanti baru zira akan cerita kebaikan pengorbanan cinta ni.







Keburukan Pengorbanan Tidak Bertempat




Maruah Diri Tergadai
Walau sedalam mana pun cinta kamu kepada si dia, jangan sesekali mempertaruhkan maruah diri sebagai  tanda sayang. Jika kekasih mahu kamu membuktikan kasih sayang dengan menyerahkan mahkota diri, usah berfikir panjang dan tindakan terbaik adalah melupakan sahajadia. Sah! Dia hanya ingin mengambil kesempatan dan menjadikan kamu pemuas nafsu. Jika dia ikhlas, dia akan menjaga kamu dengan baik dan menghormati kamu sebagai perempuan yang akan menjadi suri hidupnya. Berfikirlah dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk berkorban diri demi lelaki yang bukan suami kamu.



Menderita & Kecewa
Pengorbanan yang keterlaluan akan membuatkan kamu menaruh harapan tinggi kepada pasangan.  Apabila pasangan tidak menghargai pengorbanan yang kamu lakukan, sudah pasti kamu berasa kecewa. Banyak kes korban cinta yang dilaporkan media menyebabkan mangsa menderita. Apa tidaknya, selepas habis madu, sepah akan dibuang. Maksudnya, selepas mendapat apa  yang dihajati si dia akan pergi meninggalkan kamu untuk mencari mangsa baru. Tinggalkan kamu seorang diri mengenangkan nasib malang. Jadi! Jangan biar diri dianiaya golongan tidak bertanggungjawab.





Kemurungan
Individu yang terlalu banyak berkorban biasanya memendam rasa akibat sikap  tidak mengenang budi pasangan. Lama-kelamaan, mereka akan dilanda kemurungan yang berpanjangan kerana berasa pengorbanan yang dilakukan siasia dan hidup tidak bermakna lagi. Lebih memburukkan keadaan, ada juga mangsa korban yang menjadi gila kerana tidak dapat menanggung sengsara di hati. Mereka dibelenggu rasa menyesal.

Masa Depan Gelap
Memang pedih untuk diakui tapi hakikatnya sukar bagi mangsa untuk  bangkit kembali daripada kekecewaan. Mereka mengambil masa yang lama untuk pulih dan perkara paling melukakan hati apabila tindakan mereka terdahulu menyebabkan masa depan menjadi gelap. Sesalan ini akan ditanggung seumur hidup.

Kerugian Wang/ Harta
Sering kali kita membaca atau mendengar kisah tragis individu yang  terpaksa menanggung hutang atau mengalami kerugian kerana berkorban untuk pasangan. Misalnya mereka meminjam wang di bank demi membeli barang idaman pasangan seperti pakaian berjenama. Kononnya semua pengorbanan itu dilakukan demi cinta. Memanglah ketika hangat memadu kasih, kebanyakan individu tidak fikir akibat tindakan yang dilakukan.Apabila wang dan harta sudah banyak  dibelanjakan dan si dia berlaku curang, masa itu barulah kamu sedar pengorbanan tersebut sia-sia. Paling menyedihkan, mangsa terpaksa menanggung hutang sendirian.






Trauma
Kalau ketika bercinta pun sudah menjadi mangsa sepak terajang, kamu kena cepatcepat meninggalkan individu yang panas baran. Kes penderaan fizikal menyebabkan trauma kepada mangsa kerana mereka mengalami kecederaan fizikal dan tekanan perasaan. Mangsa korban cinta akan hilang keyakinan diri dan cenderung melakukan perkara di luar jangkaan seperti membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi kegagalan dalam hidup. 


Memalukan Keluarga
Tindakan yang mengikut nafsu sehingga sanggup berkorban segalanya seperti  meninggalkan persekolahan dan melakukan maksiat mempunyai implikasi yang mendalam bukan sahaja kepada diri mangsa malah keluarga turut menerima tempiasnya. Maruah keluarga turut tercalar dan ibu bapa menanggung malu akibat perbuatan anakanak yang hanyut mengikut rasa hati.

Lahir Anak Yang Tidak Berdosa
Banyak sangat kes remaja yang terlanjur dengan pasangan  sehingga mengandung dan melahirkan anak. Bayi luar nikah ini menjadi mangsa kebuasan nafsu remaja yang hanya mengenal erti keseronokan dunia. Kasihan dengan anak-anak tersebut yang lahir tanpa bapa yang sah. Bagaimana dengan masa depan mereka? Siapa yang akan menjaga dan memberi kasih sayang kepada mereka?

**memang tak salah kalau bercinta kan? tapi biar ikut batas-batas dia. jangan sampai nasi sudah jadi bubur \\betul ke peribahasa ni erk?// zira main hentam keromo je. 

sebenarnya zira jeles tau bila tengok orang bercouple, study same-same pastu grad same-same. sweet gile. kan kan?

Thursday 10 November 2011

Cerita Pensil dan Pemadam





Pensil: Saya minta maaf..


Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. 


Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. 


Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya. 


Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. 


Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.


credit : Diari Hati

Monday 7 November 2011

Tutorial Shawl by Diana Amir Inspired

Eh eh gambar Diana Amir laa. comel kn dia bertudung. ayuu je. huhuk :) Dia wat gaya ala-ala Hana Tajima time ASK 2011 hari tuuuu. woot woot, 
tapi cam mane dia wat style shawl ni? \\takpe takpe// hari ni zira wat special entry untuk you all sume tutorial shawl cam diana amir pakai ni ye. 

before that, zira nak mintak maaf sangat-sangat if tutorial tak bape sangat menjadi. tak salah kan kalau kite mencube :)

All you need :
  • sehelai shawl satin lembut
  • inner tudung
  • pin comel
  • jarum peniti

2 pin comel and few jarum peniti :)

LET's START
as usual, i'll use webcam
STEP 1 : Ambil hujung selendang pastu pinkan kat inner tudung menggunakan pin emas comel

STEP 2 : dari hujung yang kite pinkan kat STEP 1 tadi, lilit kan selendang ni.

 STEP 3 : pinkan menggunakan jarum peniti kat tepi inner tudung.

STEP 4 : lebihan selendang ni bawakan ke atas,

STEP 5 : Adjustkan depan selendang biar nampak kemas :)

STEP 6 : pinkan kat tepi selendang ni, kiri dan kanan ye. jangan lupe tau !

STEP 7 : amik hujung selendang bawakan kebelakang pastu adjust wat style hana tajima tuu. tau kan?

ni side dari belakang. nampak kan? pinkan ia :)

Ikut step 7 kat atas. cara dia sama saje :D

tadaaaaa. sudah siap. 
**style diana amir wat cam hana tajima ni, nak wat sebelah sahaja pon tak pa.
ikot keselesaan korang.


macam zira katakan tadi, kalau wat sebelah saje, dia akan jadi cam ni, 
so, nak wat muke korang lagi comel-comel, tambah aksesori cam zira wat ni

kalau ade ape-ape yang korang tak paham, just leave a comment ok :)



thanks see my tutorial ni, jangan lupe like ye kalau suke tutorial yang zira wat :D

Friday 4 November 2011

Betul ke Score A ni SCAM??

Rase-rasenya tau tak ape portal online score A niscore screwed-up. Why? Ada ke patut bebudak IPTA sebok saban hari menjajap benda ni untuk di jual entah kat sapa-sapa yang masing-masing boleh cari, lepas tu try hasut dan pujuk prospek bagai nak rak... sedangkan, bukanlah bebudak U yang boleh buat bzns sebegini. Those kids are so innocent - tak kan la kecik-kecik lagi dah sebok belajar nak ngencing orang lain? Biar la dapat ijazah dulu dan tahu baik-buruk kehidupan, pastu kencing la sesuka hati pada sapa-sapa yang korang nak lepas tu, bergantung kepada berapa level kehitaman dalam benak masing-masing. Lagi pulak, duit siapa yang digunakan untuk join bzns ni? Duit pinjaman PTPN/MARA ke? Guna duit kerajaan? 

kenapa tiba-tiba zira nak cerita pasal portal online score A? ok ok as you know score A memang la bagus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. tapi tau tak business score A kebanyakan nya student yang menjual especially student kolej dan universiti. perasaan atau tidak da lebih dari 50 000 student seluruh malaysia yang join perniagaan ni. da la student masih budak hingusan dalam bab-bab bisnes kalau nak tau laa. ape yang dorang tau is nak dapat duit cepat pastu buat ayat bunga-bunga orang ajak join bisnes ni. haiyyoooo =="

orang2 tua ramai yang dah masuk ke dalam program ni, takpa laa. orang tua ada anak2, diorang masuk, kad tu boleh dimanfaatkan kat anak2 diorang. dan orang2 tua ni boleh syorkan program ni kat kawan2 diorang yang punya anak. so, diorang dapat la komisen sikit. ini bisnes.

kalau mata duitan sekali pon but please la. awak tu student lg, bila da dapat duit beribu-ribu korang enjoy sakan, shopping sakan. kemanakah arah tujuan korang sebenar? study ke business? mana yang lebih penting dalam hidup korang? duit yang korang dapat pon duit shubahah dalam MLM. paham2 sendiri la ye

YES!! zira admit dunia sekarang ni kebanyakan tempat kite pergi semua nak duit even pergi toilet awam. betul tak??

cube korang terjah blog ni, seorang international student kene tipu dengan score A program. 


ni pulak budak ipts nak cari duit lebih katekn. last-last kene tipu!
Sempoi! Tengok ha cerita anak Cina kat berita Harian Membiol ni... senang aje dia orang dah tahu benda Score A ni scam. Budak berdua tu tak sanggup nak mengencing sesama bangsa dia dengan cari downline (sebab itu dah jadi skim piramid dah tu) - dan terus aje dia orang buat lapuran akhbar, laporan ke KPDNKK dan mengadu ke Persatuan Cina whatever, bla bla bla... Orang Melayu? HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

cara join MLM ni. senang je bawa 4 orang rakan seumur hidup :)

di atas sekali ialah pengasas sistem ni iaitu 1. di bahagian kiri ialah bilangan ahli di bawah pengasas di setiap level. di bahagian kanan ialah bilangan kumulatif downline di bawah pengasas di setiap peringkat

jom tengok sape untung sape rugi. jangan menyesal aaa

akhirnya, lebih 75% akan rugi ! HAHA.
awal-awal dapat untung lebih tapi last-last korang rugi juga!!

Macam mana program ni bergerak
setiap ahli yang berdaftar, akan mendapat komisen jika dia dapat menarik ahli baru masuk berdaftar di bawah beliau (downline) dan akan mendapat beberapa komisen lain jika downline beliau berjaya menarik masuk downline yang baru..

Promosi Produk 
setiap ahli yang ingin mendaftar sebagai usahawan score A perlu membayar harga pakej2 tertentu.. ada 4 pakej dengan harga yang berlainan.. EE (RM796), EP (RM2488), EE(6888) dan EM (RM10080)..
setiap pakej akan diberikan kad2 id beserta password untuk log in masuk ke portal Tuion Online Score-A..
EE (2kad), EP (5kad), EE (15kad) dan EM (30kad)... dengan harga 1kad berharga RM300+

cara mudah untuk mendapatkan balik modal keahlian ialah dengan menjual kad2 tersebut kepada orang lain.. dan,, tup.. orang lain akan mula mengenali dengan Score-A bukan ? dan, kad2 tersebut hanya terhad untuk beberapa bulan, untuk menyambung langganan, perlu membuat bayaran lain terus kepada syarikat..

mudah kan?


Bayangkan malam ni kat Alor Setar, ada penerangan atau kursus keusahawanan oleh pihak Kenshido tentang Score A di Ball-room Holiday Villa akan diadakan, dan 100 orang warga Kedah hadir dengan semangat berkobar-kobar, untuk ditunjuk-ajar oleh sifu dari KL, tentang cara-cara nak jadi jutawan a la Kenshido. Jadi si sifu tunjuk slide kat atas ni. dan dia cakap kalau korang berjaya dapatkan downline sebanyak sekian-sekian, dan ko join pakej paling hebat (e-Entrepreneur) awal-awal lagi, dia janjikan peserta tu semua masing-masing boleh dapat pendapatan RM820,800 sebulan wei! Siap ada bonus kiri-kanan-atas-bawah, dan abis taklimat, orang Alor Setar yang hadir tu semua balik rumah dengan mimpi indah untuk jadi jutawan. Jadi, masing-masing cari duit, keluarkan simpanan yang ada, bergolok-bergadai nak cari modal untuk join pakej e-Entrepreneur dengan harga RM5,548. atau yang tamak gilbabs tu pulak, terus ambik pakej e-Max dengan harga RM10,800.woohoo! 
Tapi, Kenshido dah dapat siap-siap duit ahli masa dia berdaftar (dan terus masuk bank, simpan takut kena curik), sedangkan ahli tu semua kena cari pelanggan untuk jual portal Score A tu kat pelanggan yang ada anak bersekolah dan kena cari ahli di bawah dia untuk di taja (dan yang akan diajar supaya buat duplikasi cari downline ad infinitum) - dan dalam apa sahaja bentuk MLM dalam dunia ni, syarikat akan cuba mendapatkan ahli untuk join skim seramai mungkin, dengan janji keuntungan sky-high, lepas tu brainwash sipolan bagai nak rak, kasi ahli yang join ingat sampai bila-bila bahawa, kalau korang tak dapat RM820,800 sebulan ni... ko tu yang mangkuk-hayon dan tak dapat menghayati kaedah pemasaran Kenshido macam si sifu. Is that true bro? Adakah janji Kenshido dapat dikotakan dan setiap orang yang 100 kat atas akan jadi millionaire? Fakta ini adalah diluar kawalan Kenshido dan hanya Allah yang tahu. Jadi, kenapa janji sewenang-wenangnya. Ada saranan dalam PPS tak pasal promosi sebegini? Boleh berlaku tak? 
pengasas(ceo) ASAL Portal Score-A, En. Kamal Tan Sri A. Samad ialah anak Melayu.. tetapi, disebabkan program keusahawanan ini, beliau sendiri telah menyaman syarikat dan anak2 buah beliau.. dan seterusnya,, menarik diri daripada syarikat sendiri.. kerana ? kerana beliau sedar, program tersebut hanya akan menindas orang2 melayu yang cetek pemikiran,, apatah lagi STUDENT...
apa yang student tahu... dia bawa masuk ahli baru, dan dia guide ahli baru untuk membawa masuk ahli baru, dia akan dapat duit.. see,,, it is all about duit.. 
ok! tak nak cerita lebih kang orang bosan nak baca entry ni. have a nice day guys !


credit : aiman dan aidid mu'addib