Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


LoveMyProfile.com - Profile Counters



 


Friday, 11 November 2011

Jangan Jadi Korban Cinta!

HAHAHA!! **gelak sekejap tak tau nape. cam orang gile kan kan. cube tengok tajuk entry atas tu cam menarik kan?






cinta?? sesetengah orang sanggup mengorban apa sahaja demi si dia. why?? sebab da terlampau-lampau sayang sangat kat kayu balak. kuikui ^.^


MEMANG BENAR! CINTA MEMERLUKAN  PENGORBANAN TAPI BUKANLAH PENGORBANAN YANG MEMBABI BUTA. SEBALIKNYA PENGORBANAN INI MESTILAH MEMPUNYAI BATAS DAN MENJURUS KE ARAH POSITIF. RAMAI REMAJA YANG MENJADI KORBAN CINTA GARA-GARA TERLALU MENGIKUT HAWA NAFSU ATAU EMOSI. 


ada kebaikan dan keburukan dia. tapi hari ni zira just cerita keburukan dia. next entry nanti baru zira akan cerita kebaikan pengorbanan cinta ni.







Keburukan Pengorbanan Tidak Bertempat




Maruah Diri Tergadai
Walau sedalam mana pun cinta kamu kepada si dia, jangan sesekali mempertaruhkan maruah diri sebagai  tanda sayang. Jika kekasih mahu kamu membuktikan kasih sayang dengan menyerahkan mahkota diri, usah berfikir panjang dan tindakan terbaik adalah melupakan sahajadia. Sah! Dia hanya ingin mengambil kesempatan dan menjadikan kamu pemuas nafsu. Jika dia ikhlas, dia akan menjaga kamu dengan baik dan menghormati kamu sebagai perempuan yang akan menjadi suri hidupnya. Berfikirlah dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk berkorban diri demi lelaki yang bukan suami kamu.



Menderita & Kecewa
Pengorbanan yang keterlaluan akan membuatkan kamu menaruh harapan tinggi kepada pasangan.  Apabila pasangan tidak menghargai pengorbanan yang kamu lakukan, sudah pasti kamu berasa kecewa. Banyak kes korban cinta yang dilaporkan media menyebabkan mangsa menderita. Apa tidaknya, selepas habis madu, sepah akan dibuang. Maksudnya, selepas mendapat apa  yang dihajati si dia akan pergi meninggalkan kamu untuk mencari mangsa baru. Tinggalkan kamu seorang diri mengenangkan nasib malang. Jadi! Jangan biar diri dianiaya golongan tidak bertanggungjawab.





Kemurungan
Individu yang terlalu banyak berkorban biasanya memendam rasa akibat sikap  tidak mengenang budi pasangan. Lama-kelamaan, mereka akan dilanda kemurungan yang berpanjangan kerana berasa pengorbanan yang dilakukan siasia dan hidup tidak bermakna lagi. Lebih memburukkan keadaan, ada juga mangsa korban yang menjadi gila kerana tidak dapat menanggung sengsara di hati. Mereka dibelenggu rasa menyesal.

Masa Depan Gelap
Memang pedih untuk diakui tapi hakikatnya sukar bagi mangsa untuk  bangkit kembali daripada kekecewaan. Mereka mengambil masa yang lama untuk pulih dan perkara paling melukakan hati apabila tindakan mereka terdahulu menyebabkan masa depan menjadi gelap. Sesalan ini akan ditanggung seumur hidup.

Kerugian Wang/ Harta
Sering kali kita membaca atau mendengar kisah tragis individu yang  terpaksa menanggung hutang atau mengalami kerugian kerana berkorban untuk pasangan. Misalnya mereka meminjam wang di bank demi membeli barang idaman pasangan seperti pakaian berjenama. Kononnya semua pengorbanan itu dilakukan demi cinta. Memanglah ketika hangat memadu kasih, kebanyakan individu tidak fikir akibat tindakan yang dilakukan.Apabila wang dan harta sudah banyak  dibelanjakan dan si dia berlaku curang, masa itu barulah kamu sedar pengorbanan tersebut sia-sia. Paling menyedihkan, mangsa terpaksa menanggung hutang sendirian.






Trauma
Kalau ketika bercinta pun sudah menjadi mangsa sepak terajang, kamu kena cepatcepat meninggalkan individu yang panas baran. Kes penderaan fizikal menyebabkan trauma kepada mangsa kerana mereka mengalami kecederaan fizikal dan tekanan perasaan. Mangsa korban cinta akan hilang keyakinan diri dan cenderung melakukan perkara di luar jangkaan seperti membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi kegagalan dalam hidup. 


Memalukan Keluarga
Tindakan yang mengikut nafsu sehingga sanggup berkorban segalanya seperti  meninggalkan persekolahan dan melakukan maksiat mempunyai implikasi yang mendalam bukan sahaja kepada diri mangsa malah keluarga turut menerima tempiasnya. Maruah keluarga turut tercalar dan ibu bapa menanggung malu akibat perbuatan anakanak yang hanyut mengikut rasa hati.

Lahir Anak Yang Tidak Berdosa
Banyak sangat kes remaja yang terlanjur dengan pasangan  sehingga mengandung dan melahirkan anak. Bayi luar nikah ini menjadi mangsa kebuasan nafsu remaja yang hanya mengenal erti keseronokan dunia. Kasihan dengan anak-anak tersebut yang lahir tanpa bapa yang sah. Bagaimana dengan masa depan mereka? Siapa yang akan menjaga dan memberi kasih sayang kepada mereka?

**memang tak salah kalau bercinta kan? tapi biar ikut batas-batas dia. jangan sampai nasi sudah jadi bubur \\betul ke peribahasa ni erk?// zira main hentam keromo je. 

sebenarnya zira jeles tau bila tengok orang bercouple, study same-same pastu grad same-same. sweet gile. kan kan?

No comments: