Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


LoveMyProfile.com - Profile Counters



 


Saturday, 4 June 2011

hawar kucing

beberapa minggu yang lepas, ada satu family ni, dia bagi zira kucing, comel sangat2, 5 ekor kitten sekali dengan ibu kucing, mimi.  dia nak buang terasa kesian lak, so diorang bagi kat zira, lagipun diorang nak pergi oversea, tinggal kat sana.  3 hari lepas, 5 ekor anak kucing demam, so bawa la pergi klinik  doc kata kucing2 ni kena penyakit 'hawar' yang zira sendiri pun tak paham apa punca penyakit ni but yang pastinya penyakit ni buat kucing ni tak leh tido..air liur meleleh jer..air tak leh minum, makan tak leh telan..penafasan pun tak normal..sayunya hati bila yg lain tido dia pulak tak boleh tido..sayu sgt bila kucing sakit nak pulak kucing peliharaan yang baru orang bagi..zira memang tak pernah dengar tentang penyakit hawar ni so zira mcm tertanya2 mana dia leh dpt penyakit ni..akhirnya semalam dan kemarin, kiki dan mima  telah meninggalkan keluarga zira..yang sayunya kucing ni manja dengan zira. tinggal 3 ekor je lagi anak kucing, seekor da sihat, 2 ekor masih dalam qurantine :( 



yang ni artikel zira baca dari website mane tah, zira pon x ingat. oleh kerana zira nak tau apa itu penyakit hawar, so zira mencari2 artikel mengenainya..penyakit ni dikenali dengan nama sampar secara umum atau hawar secara khusus di utara Semenanjung Malaysia, secara saintifiknya ia dikenali dengan nama Newcastle Disease (ND) dengan nama virus penyebabnya iaitu virus paramyxovirus. Virus ini biasanya akan merosakkan organ dalaman dan menyebabkan kegagalan bernafas dan pendarahan.
Gejala yang paling mudah diperhatikan khususnya adalah kesukaran pergerakan, tengkuk melentuk, kelesuan, bulu pudar, kesukaran bernafas dan diikuti najis yang berwarna kuning kehijauan. Di samping itu, mangsa akan mengalami kerosakan organ dalaman seperti pendarahan dalam proventikulus dan usus kecil serta kesesakan darah dan cecair pada system pernafasan.separuh simptom2 ni mmg ada pada kucing zira tu..paling ketara kesukaran dia nk bernafas & kelesuan...so pada sesiapa yg ada kucing beware of this hawar ok..sayangi kucing anda..family zira terlambat tahu penyakit ni..dah teruk baru tau sbb mulanya ingat just demam biasa but we're wrong..now its gone...so sad.. 

No comments: