Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


LoveMyProfile.com - Profile Counters



 


Sunday 4 December 2011

Taman Tema di Johor pertama dibina di Asia

Assalamualaikum

ehhh LEGOLAND MALAYSIA laaa?? siapa tahu kat JOHOR ni nanti ada LEGOLAND?? Teringat masa kecik dulu main lego dengan adik. Tak sangka pula Malaysia nanti dalam proses bina Legoland. If korang yang fanatik sangat-sangat tentang lego dari dulu sampai sekarang. Masa ni la di nanti-nantikan. Tapi bukan tahun ni tau. Korang kene tunggu 2013 sebabnya taman teman ni dijangka dibuka kepada orang awam time 2013 nanti. Tak lama je lagi. Just wait and see yaa. 


Taman tema di Johor pertama dibina di Asia, kelima di dunia berciri unik kekalkan keindahan alam sekitar
JIKA Singapura telah membuka taman tema Universal Studio dan menarik pelancong untuk ke singapura, Malaysia juga boleh berbangga apabila Legoland pertama di Asia sudah dibina di utara Medini, Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 2012. 

Pembangunan Legoland itu bakal menjadikannya taman tema pertama seumpamanya dibina di Asia dan kelima di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor (di luar London), Legoland California (Amerika Syarikat) dan Legoland Deutschland (Günzburg, Jerman). Jika digabungkan, empat taman itu memiliki lebih 50 permainan, pertunjukan dan hiburan keluarga.

Tarikan utamanya, Miniland yang menggunakan lebih 20 juta bata Lego bagi membina replika bangunan ikon terutama dari rantau Asia. Antara yang dijangka dibina termasuk Menara Berkembar Petronas, Taj Mahal, Angkor Wat dan patung singa Merlion yang menjadi identiti negara jiran, Singapura selain menara pencakar lain dunia. Menarik kan?

Ada antara permainannya juga diilhamkan menerusi produk tertentu yang pernah dikeluarkan jenama itu. Ini dapat dilihat menerusi permainan popular di empat taman tema itu berdasarkan set Lego Knight’s Kingdom. Taman tema terbabit akan dilengkapi landasan kereta api mini bagi membolehkan pengunjung melihat serta menerokai sebahagian besar taman ini.

Tarikan lain yang mendapat sambutan hebat termasuk Driving School. Anak kecil dapat memandu kereta elektrik mini dengan rekaan seumpama ia dibina menggunakan bata Lego di jaringan jalan raya kecil. Seperti taman tema utama lain, ia turut dilengkapi restoran termasuk rangkaian makanan segera.

Bayangkan kita sekarang kat Legoland UK, macam itu la nanti Legoland Malaysia. 



2 comments:

Falling . said...

wahhh bgga jd rkyat jb~

Unknown said...

im proud to be johorean :)