Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


LoveMyProfile.com - Profile Counters



 


Wednesday, 2 November 2011

CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA


RULES :

  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak kira jantina, tapi hanya
  • LELAKI dan PEREMPUAN.
  • Letak tajuk contest :
  • CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA.
  • Buat simple entry about this contest and letak banner kat atas tu. Pastikan banner tu di linkkan ke blog
  • AMALINA LAND (Jika anda dari blog AMALINA ) dan ASKAR PINK (Jika anda dari blog ASKAR PINK).
  • Tag sekurang-kurang 2 orang blogger dan pastikan dia tahu :)
  • Lepas dah buat semua tu, letak link contest tu di ruangan komen. Kalau dari blog AMALINA LAND, letak link contest di blog Amalina. Kalau dari blog ASKAR PINK, letak link contest di blog Askarrpink.
  • Contest akan terbatal sekiranya kurang
  • 20 penyertaan. 
  • Dan penyertaan anda akan terbatal sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipenuhi.

tag :

http://dropthatbeatandlisten.blogspot.com/
http://pesahabatanbulanbintang.blogspot.com/


Apa yang anda tak tahu tentang seorang ayah



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..



Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..