Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


LoveMyProfile.com - Profile Counters



 


Tuesday, 17 July 2012

Saya nak awak tahu

Sejak kita kenal, macam-2 dugaan kita lalui, awak ingat tak dulu, bila saya tak layan awak, awak merajuk dengan saya? Sampai kan saya kene pujuk awak. Hihi. Manje sangat-2 awak ni. Tapi saya suke :)


Hari-hari kite ber-msg tanpe rase jemu. Hari-hari juga kite akan cakap i love you. I miss you. Saya suke cara awak amik berat tentang saya. Tapi bila awak tak ade kredit. saya akan call awak tanye kan khabar. Bila saya takde kredit awak akan call saya pakai no mama, hihi ^^, honestly, bila saya rindu, saya bace balik message-2 kita yang lepas. Even gado pon. Kadang-2 saya tergelak, kenape kita gado ye?Saya nk awak tahu saya serius ambil berat tentang awak .


Kenape saya terime awak? Kenape saya tak terime lelaki lain. sebab awak ni lain dari yang lain. Cara awak, cara teguran awak, sbb saya tahu satu hari nanti awak dapat bimbing saya untuk mase depan. Paling saya suke awak akan tegur bila saya pakai shawl. awak akan cakap saya cantik pakai tudung bawal. Hihi. Terime kasih awak. Hati saya sebenarnye tenang bila dengan awak. Jantung saya akan berdebar-debar bila ada sesuatu buruk akan berlaku antara kita. Dengan awak la saya first time ada perasaan cam tu sekali. Dengan awak la saya anggap hubungan kita serius. hari-2 saya doakan semoga hubungan kita akan kekal ke akhir hayat.


Awak,
Kita pernah sedar , hari- hari kita gaduh, tapi kita kekal sampai hari itu, kenapa? Awak cakap kita unique couple. Unique name : Irhanatul Khazira Ishahrizan Yantzen. Di sebalik name kite ni ade perkataan sweet yang terselit disitu. Terharu saya. Tapi saya malu nak unggapkan pada mase itu, awak cakap kalau boleh, buat kan satu novel tentang pengalaman yang kita lalui pahit manis masam kita. Susah senang kita.


Awak,
Sejak awak masuk kolej, minggu pertama awak rindu sesangat dengan saya. Sampai tak sabar nak jumpe saya. Kelakar la awak ni. :') saya pon rindu awak. tapi semakin lame saya terase awak makin jauh dari saya. Semakin hari semakin berubah attitude awak. saya sedih. Saya tak tau nk tegur bagaimana. Takut saya tegur awak tak boleh terime. Saya RISAU kan awak. saya perasan awak ni sebenarnye manje, memerlukan kasih sayang dari saya, sensitive dengan ayat saya. Mudah merajuk dengan perangai saya. Saya tahu . Tapi saya nak awak jadi yang terbaik untuk diri awak, saya tegur dengan kasar, marah, bukan saya nak malu kan awak depan orang. Tapi saya nak awak berfikir kenapa saya buat begitu dengan awak. Sebabnye saya sayang kan awak, cuba la awak berfikir ada ke gf sanggup buat cam tu sebab dia nak awak jadi yg terbaik untuk diri awak bukan untuk diri saya . Dia tak nak awak terpesong dari unsur-unsur negatif. Tapi saya sedih awak cakap awak diperbodohkan oleh saya? Kenapa sampai begitu sekali awak kata? Sebab saya malukan awak ke? Awakkkk.... Ishahrizan Yantzen, Saya tegur sebab saya nak awak pandai pilih kawan, bukan nye nak jeles ape ke. Jangan mudah terpengaruh ngan kawan. Pandai beza baik dan buruk. Siape la yang mengajar awak kate sampai begitu sekali. Kat KL macam-2 pengaruh negatif ade di sana. Cube la muhasabah diri. Kalau kita pandai jaga diri. Takpe jugak. Kalau tak pandai jage diri. Saya takut awak hanyut dengan dunia negatif. Saya takut awak terlalu sosial. Nak enjoy boleh. Tapi biar la berpada-pada. Bagaimane kalo parent awak tau perangai awak cam ni dekat KL? Mesti dorang sedih. Penat-2 dorang cari rezeki untuk awak dan adik-adik awak. Penat-2 mereka hantar awak pergi belajar untuk mase depan awak. Hargai la mereka. Tanpa parent siapa lagi nak bagi awak, duit belanje, laptop, handphone. Mereka sayang kan awak dan adik-adik same je. Tak de lebih dan tak de kurang. Tanggungan mereka masih berat lagi. Adik-adik awak sekolah lagi. Kita ni bukan nya dari golongan orang senang. Pandai-pandai la awak urus kan duit, diri awak, belajar la cara berdikari. Awak, doakan la mereka panjang kan umur, murah rezeki.


Saya nak awak tahu, attitude awak dekat KL dengan Kat rumah jauh beza. saya lagi suke perangai awak dekat umah. sebab saya suke dengar suare manje awak, cair hati saya. sebak hati saya, luluh hati saya attitude awak berbeza dari dulu.


Awak ingat la, permulaan kita kenal ni Allah sudah menguji kita dengan pelbagai dugaan. Cuma kite sahaja yang tidak perasan selame ini. Dia nak menguji tahap kesabaran dan pengalaman hidup yang sukar antara kite. Pahit manis susah senang antara kite. Dari situ la hadir nye org ketiga keempat kelime dan seterusnya. Sebabnye satu hari nanti Allah akan memberi kebahagian terhadap kita jika kita berjaya belajar kesabaran dengan tenang. Sering memaafkan kesalahan jika ada membuat kesalahan. Kejujuran mesti la ada dalam sesebuah hubungan. Salah satu cara mengatasi kemarahan adalah solat. Berdoa dan berzikir. Insya-Allah hati kita akan tenang. Jika pasangan kita membuat kesilapan tegur la ia, bimbing dia kejalan yang benar. :)


Cinta saya tak pernah pudar sekali pon. Even saya tidak tunjuk pada awak, saya rindu sesangat awak, Ishahrizan Yantzen. Saya harap kita dapat sambung balik hubungan kita. kite perbetulkan kesalahan kita berdua. Saya tunggu jawapan dari awak. Dari hati awak. Hati saya untuk awak. Awak la cinta terakhir saya. Saya mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki selame ni saya terkasar bahasa , kecik kan hati awak, niat saya untuk menyedarkan awak. Bukan nye nak merosak kan hubungan kita. Bukan nya nak awak benci kan saya. Saya, secare jujur susah untuk menipu dengan lelaki yang saya cintai. I love you forever infinity Ishahrizan Yantzen :')