Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


LoveMyProfile.com - Profile Counters



 


Thursday, 12 July 2012

bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan


Cinta.Ianya bermula dari mata.Kemudian ia turun ke hati.Mula-mula suka.Kemudian bertukar kepada cinta.Dan akhirnya ia akan membawa kepada duka.Jika bukan kerana cinta yang tersekat di tengah jalan,mungkin kematian yang menjemput orang yang dicintai.


Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia tak kan bawak pasangannya ke hulu ke hilir.Maksudnya,dia nak simpan pasangannya kerana dia tak nak si dia menjadi tumpuan orang ramai.Biar tak berjumpa,tapi tetap ada di hati.


Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia akan sanggup berhabis apa sahaja untuk pasangannya.Duit,masa dan tenaga tidak setanding dengan cinta yang dicipta bersama-sama.


Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia akan mencari agama dan cuba untuk memperbaiki diri.Ini menandakan yang lelaki ini begitu serius dan ingin berikan yang terbaik kepada pasangannya.Bukan hanya di dunia,malah di akhirat.


Bila seorang lelaki mencintai seorang perempuan,dia akan sentiasa menasihati dan ingatkan pasangannya.Bukan bermakna dia nak mengongkong pasangannya,dia cuma nak lihat pasangannya bahagia di akhirat sane.


Bila seorang lelaki mencinta seorang perempuan,dia akan berjanji untuk tidak membiarkan pasangannya tunggu terlalu lama.Dia akan berusaha mencari jalan untuk menjadikan perempuan itu halal untuk dirinya..




No comments: